hotline : 1700 811 643  |   whatsapp : +60 17-515 9643 info@kusuma.my

Kerisik Kelapa

Dipanggang menggunakan api kecil sehingga menjadi coklat keemasan

Produk yang sering digemari kerana keharumannya, rasa berkrim dan sebagai pengawet semulajadi, kerisik adalah bahan penting sebagai pemekat makanan yang unik untuk masakan Asia terutamanya dalam masakan rendang yang begitu popular.

Ia menambah kelazatan kepada menu salad tempatan seperti kerabu dan ulam.

Kerisik kami diperbuat daripada kelapa matang yang baru diparut, dipanggang dengan teliti pada api kecil sehingga bertukar warna coklat keemasan dan memberikan aroma semulajadi sebelum dipekkan.

Tiada sebarang bahan pengawet yang digunakan sepanjang proses penyediaan produk bagi mengekalkan rasa yang asli.

Bagi memudahkan penyimpanan para pengguna, kerisik kami telah dibungkus dalam kuantiti 100gram, 500gram dan 1KG.

Kelebihan Buah Kelapa Untuk Kesihatan

  • Sebagai sumber zat besi dan fosforus yang baik.
  • Pengambilan & penggunaan buah kelapa meningkatkan kolesterol baik (HDL-c) dan mengurangkan kolestrol jahat( LDL & Trigliserida).
  • Membasmi mikroorganisma berbahaya termasuk kulat, mikrob dan protozoa.
  • Membantu meningkatkan kadar metabolisme dan membantu dalam menurunkan berat badan.
  • Membantu menguatkan dan meningkatkan kesihatan kulit, tulang dan gigi.
  • Meningkatkan fungsi otak.
  • Meningkatkan fungsi penghadaman.
Alps

Need Help? Chat with us