Kelapa Parut (kering)
Diperbuat daripada kelapa segar tanpa gulaDiperbuat daripada biji kelapa segar terpilih, isi kelapa matang diparut dan dikeringkan dengan udara panas untuk mencapai tahap pengeringan sempurna bagi meningkatkan rasa semula jadi dan aroma manis kelapa kering.
Kami membungkus kelapa kering kami dalam beg kertas Kraft 25kg dan dilapik dengan pelapik polietilena yang ditutup kemas bagi menambah jangka hayat disamping mengekalkan kesegaran produk. Ini membolehkan penyimpanan sehingga 12 bulan sekiranya ditempatkan pada tempat yang kering dan sejuk, jauh dari sinaran matahari dan jauh dari produk lain yang berbau kuat untuk mengelakkan pencemaran.
Tiada gula atau pengawet tambahan digunakan dalam penghasilan kelapa kering kami.
Sebaliknya, kami menyediakan pelanggan kami dengan rasa kelapa matang yang asli. Kandungan rendah lemaknya menjadikan kelapa kering kami boleh dijadikan sebagai bahan masakan yang sangat baik untuk digunakan oleh kilang gula dan roti, makanan sejuk beku, dan perkhidmatan makanan.
Produk kelapa kering kami masih mengekalkan rasa, tekstur dan inti kelapa semula jadi yang asli.
Untuk penggunaan kelapa kering berskala besar, kami menyediakan pek / pembungkusan 5 liter, 10 liter dan 25 liter untuk sebarang penggunaan perusahaan besar seperti perusahaan bidang kulinari, perusahaan aiskrim, perusahaan yogurt dan perusahaan gula-gula.
Kelebihan Buah Kelapa Untuk Kesihatan
- Sebagai sumber zat besi dan fosforus yang baik.
- Pengambilan & penggunaan buah kelapa meningkatkan kolesterol baik (HDL-c) dan mengurangkan kolestrol jahat( LDL & Trigliserida).
- Membasmi mikroorganisma berbahaya termasuk kulat, mikrob dan protozoa.
- Membantu meningkatkan kadar metabolisme dan membantu dalam menurunkan berat badan.
- Membantu menguatkan dan meningkatkan kesihatan kulit, tulang dan gigi.
- Meningkatkan fungsi otak.
- Meningkatkan fungsi penghadaman.